Bersempena dengan Hari Aids Sedunia yang disambut semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia menyebarkan kesedaran dan pemahaman yang lebih luas mengenai penyakit itu.

"Saya percaya lebih banyak usaha boleh dilakukan untuk mewujudkan sebuah dunia yang bebas daripada HIV/AIDS," kata Najib menerusi catatan terbarunya dalam laman Facebook.

Tema global Hari Aids Sedunia 'Beralih Ke Sifar' memasuki tahun keempat tahun ini dengan keaiban dan diskriminasi dilaporkan kekal sebagai ancaman terbesar kepada kemajuan yang dicapai oleh dunia dalam respons HIV setakat ini.

- Bernama