Polis didakwa menghentikan acara doa Ahad sebuah gereja di Kajang selepas menerima aduan bunyi bising daripada penduduk setempat.

Kejadian itu didakwa berlaku Ahad lepas di Gereja Bethany, yang menggunakan lot kedai, dan polis dikatakan memasuki rumah ibadat itu ketika upacara berlangsung.

“Kami cuba meminta mereka tidak menghentikan acara itu separuh jalan, sekurang-kurangnya biarkanlah ia diselesaikan,” kata Setiausaha Eksekutif National Evangelical Christian Fellowship (NECF).

“Kami masih menunggu laporan berhubung perkara itu daripada paderi.”

Sementara itu, satu laporan The Malaysian Insider menyebut, ketua polis Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahid menafikan bahawa kejadian itu berlangsung seperti itu.

Ab Rashid berkata, pegawai polis beredar selepas diberitahu bahawa satu upacara keagamaan berlangsung.

"Tiada acara gereja dihentikan. Polis hanya berada di situ untuk memeriksa apa yang berlaku dan selepas diberitahu bahawa satu acara gereja dijalankan, para pegawai beredar," kata Ab Rashid seperti dipetik dalam laporan itu.

[Baca berita asal]