Ekoran kejatuhan harga minyak global, Indonesia mengkaji semula polisi harga bahan api yang disubsidi demi memastikan pengguna tidak dikenakan bayaran melebihi harga pasaran.

Reuters melaporkan, dalam dasar ekonomi pertamanya, Presiden Indonesia Joko Widodo bulan lalu mengumumkan kenaikan harga bahan api itu melebihi 30 peratus.

Laporan itu juga menyebut, kenaikan harga bahan api itu dijangka dapat menjimatkan sebanyak AS$11.5 billion tahun depan sekali gus menangani defisit akaun semasa.

Bagaimanapun sejak itu, harga minyak mentah global mengalami kejatuhan hampir 10 peratus lebihan minyak melebihi permintaan, lapor agensi berita antarabangsa itu.

"Kami sentiasa mengkaji semula harga bahan api dan akan menyelaras dengan Kementerian Kewangan untuk mengira semula serta mengkaji harga subsidi yang lebih efektif.

"Prinsip ini adalah harga subsidi tidak dibenarkan melebihi harga pasaran,” Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia Sudirman Said dipetik sebagai berkata.