MP: Polis 'cuba' hentikan upacara gereja
Diterbitkan: Dec 3, 2014 12:32 PM | Dikemas kini: Dec 3, 2014 12:35 PM
Anggota Parlimen Serdang daripada DAP Ong Kian Ming mendakwa dua pegawai polis “cuba” memberhentikan acara keagamaan Kristian di gereja Bethany, Kajang tetapi beredar selepas diminta merujuk kepada persekutuan Evangelis.
Katanya, pasukan keselamatan itu meninggalkan tempat itu setelah diminta menemui pihak Persekutuan Kristian Evangelis Kebangsaan (NECF).
“Polis tiada hak untuk mengganggu upacara sebarang pertubuhan agama,” kata Ong.
Katanya, tindakan polis itu melanggar jaminan dalam perlembagaan berhubung hak kebebasan beragama di gereja dan terhadap paderi di tempat itu.
Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa dua pegawai polis memberhentikan acara itu, seperti didakwa NECF.

