Anwar: Gelaran tiada makna di sisi tuhan
Diterbitkan: Dec 7, 2014 3:53 PM | Dikemas kini: Dec 7, 2014 6:05 PM
Mempunyai gelaran tidak bermakna seseorang itu lebih disayangi tuhan, begitu kata Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Berucap dalam majlis jamuan Krismas di gereja Holy Family Kajang hari ini, Anwar berkata, malah “raja yang agung” juga tidak mendapat jaminan itu di sisi tuhan.
“Walaupun seseorang itu miskin, di sisi tuhan, mungkin beliau lebih mulia,” kata Anwar.
Pada Selasa, istana Selangor membatalkan gelaran Datuk Seri yang diberikan pada Anwar ekoran tindakannya yang menyinggung sultan semasa krisis menteri besar sebelum ini.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.