'Suspek pembunuh mirip pelakon Tamil'
Warga Myanmar yang dikatakan pembunuh bersiri dalam beberapa kejadian di Pulau Pinang, digambarkan menyerupai artis Tamil terkenal Rajinikanth.
Anwar (satu nama), jiran rumah tempat kejadian, berkata suspek mirip hero filem Sivaji The Boss dengan penampilan berkaca mata hitam dan rambut mirip pelakon Kollywood itu, lapor The Star.
"Beliau mempunyai rambut yang panjang dan kadang-kadang akan berpakaian seperti pelakon India Rajinikanth yang memainkan watak utama dalam filem itu," kata Anwar, seorang warga Indonesia.
Pada Jumaat lalu, polis Pulau Pinang mendedahkan mereka menemui "rumah sembelihan" warga Myanmar di Bukit Mertajam yang mana bahagiannya kemudian ditemui di beberapa lokasi di Pulau Pinang.
"Dia sentiasa berpakaian kemas dan berkelakuan sopan. Dia akan tersenyum pada saya dan rakan-rakan ketika dia berjalan tetapi tidak pernah berbicara kepada kami.
"Dia tidak kelihatan penuh ancaman. Kami benar-benar terkejut untuk mengetahui bahawa rumahnya telah digunakan sebagai tempat untuk mencincang orang,” Anwar dipetik sebagai berkata.
Polis Pulau Pinang telah menahan seramai 17 warga Myanmar ekoran dengan pembunuhan itu dan percaya bahawa mereka terlibat dengan 18 siri pembunuhan yang melibatkan warga asing di negeri ini.

