Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demokrasi "masih segar" di Malaysia dan berhujah bahawa Akta Hasutan 1948 perlu untuk mengekalkan keamanan, keharmonian dan keselamatan negara kerana polarisasi semakin meningkat.
 
Berucap di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, beliau berkata, bagaimana kita boleh menjaga keselamatan dan keharmonian negara jika polarisasi antara kaum semakin meningkat.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan tidak boleh melonggarkan undang-undang yang sedia ada kerana masih terdapat anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab, tidak mengamalkan demokrasi, tidak menghormati antara kaum dan agama sehingga membawa tahap ketegangan yang semakin meningkat.

 
Beliau berkata, itulah sebabnya kerajaan mengambil keputusan untuk mengekal dan mengukuhkan Akta Hasutan.
 
Najib menerima kritikan hebat apabila beliau mengubah fikiran untuk mengekalkan Akta Hasutan ketika membuat ucapan penggulungan di perhimpunan agung Umno pada 27 November lalu.
 
Pada tahun 2012, Najib berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan Akta Harmoni.

[Baca berita penuh/asal]