Transgender menang anugerah hak asasi
Masyarakat transgender Seremban dan Dapur Jalanan dipilih sebagai pemenang Anugerah Hak Asasi Manusia ke-16 anjuran NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Keputusan itu diumumkan dalam majlis di Kuala Lumpur pagi ini sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa.
Kedua-dua pihak itu mencuri perhatian tahun ini.
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 7 November memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan dan terbatal.
Ia secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender dan disambut gembira oleh aktivis dan golongan itu.
Dapur Jalanan pula mencuri perhatian apabila menolak arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tidak mengedarkan makanan percuma kepada golongan tidak berumah daripada pusat bandar raya Kuala Lumpur.

