Ku Nan enggan ulas isu kebebasan agama
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Tengku Mansor hari ini menolak untuk menjawab soalan mengenai isu kebebasan beragama dan pembatalan pasport dua individu kontroversi.
“Kemudianlah. Kemudianlah baru kita cerita,” katanya dalam sidan media selepas merasmikan alikasi telefon mudah alih 1WPrice di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low semalam bahawa kebebasan beragama sebahagian daripada hak asasi manusia yang harus diguna pakai untuk semua.
Sementara itu, ketika diajukan soalan mengenai pembatalan pasport penulis blog Alvin Tan dan aktivis Ali Jalil, Tengku Adnan tetap memberikan reaksi sama.
“Fokus pada (pelancaran) inilah, kemudian kita cerita (isu lain),” ujarnya dengan nada yang tegas.
Bagaimanapun, pemberita masih cuba mendapatkan reaksinya ketika mahu meninggalkan acara itu.
“Kita cerita kemudian,” katanya ringkas dan berlalu pergi.

