Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mana pemegang saham lain Bernama TV?
Diterbitkan:  Dec 11, 2014 11:21 AM
Dikemaskini: 3:23 AM

Anggota parlimen pembangkang mempersoalkan kenapa pemegang saham Bernama TV (BTV), selain Bernama , kelihatan tidak berminat membantu kewangan syarikat itu.

Memetik ketua Pengarah Eksekutif (CEO) BTV Datuk Ibrahim Yahya, wakil rakyat Kulai Teo Nie Ching berkata, hanya Bernama yang membantu pembayaran gaji pekerja BTV dilanda masalah kewangan.

“Dalam kes ini, apa sumbangan pemilik saham yang lain?” soal anggota parlimen DAP itu.

Bernama mempunyai pegangan minoriti dalam BTV dan membayar gaji pekerja sehinggalah ia tidak mampu lagi melakukannya pada November.

Kali terakhir kakitangan BTV mendapat gaji pada 20 Oktober lalu. Bagaimanapun jumlah yang diberi hanya pendahuluan RM500.

Perkara itu telah diadukan pada Jabatan Buruh.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS