Pencarian MH370 mungkin selesai Mei ini
Diterbitkan: Dec 14, 2014 2:43 PM | Dikemas kini: Dec 14, 2014 2:45 PM
Pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 melibatkan kawasan seluas 60,000 kaki persegi di dasar laut selatan Lautan Hindi dilaporkan mungkin selesai Mei ini.
Pegawai Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetahui berhubung pencarian itu, memberitahu Perth Sunday Times bahawa tiga kapal dalam pencarian besar-besaran itu sudah menjelajah dua pertiga daripada zon keutamaan carian.
Pencarian itu kini sudah berjalan sembilan bulan sejak pesawat itu hilang ketika dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Kawasan carian 1,200 kilometer di Barat Daya Perth itu dilihat paling mungkin untuk menemui pesawat itu.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.