Gerakan menuntut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjelaskan peranannya ketika fatwa yang melarang 40 perkataan, termasuk kalimah Allah, digunakan oleh bukan Islam, diwartakan pada 2010.

“Apa peranan ketua menteri Pulau Pinang dan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam menerima pewartaan itu,” kata Setiausaha Agung Gerakan Liang Teck Meng.

“ Jika bukan Islam tidak terjejas oleh pewartaan itu, Lim harus minta maaf kepada orang Islam kerana melulus dan merestui pewartaan yang tidak dikuat kuasa dan pada dasarnya tidak berguna.”

Sebaliknya, jika diguna pakai pada bukan Islam, kata Liang, Lim ( atas ) harus meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana mewartakan fatwa yang bertentangan dengan dasar Pakatan.

“Saya harap perkara ini beri pengajaran pada Lim dan DAP supaya tidak terlibat dalam politik berasaskan agama yang tidak produktif di masa depan,” katanya.

[Baca berita asal]