Hudud bukan dasar bersama Pakatan Rakyat dan PAS patut membawa perkara itu untuk perbincangan dalam Majlis Presiden Pakatan, kata Menteri Besar Selangor Azmin Ali.

Katanya, ketika krisis semasa ekonomi, Pakatan akan menumpukan pada isu lebih besar “maqasid syariah” (objektif syariah) seperti dalam hal ekonomi, sosial dan keselamatan.

Katanya, perkara itu, yang sudah dipersetujui oleh golongan “ulama besar” perlu dihadapi menggunakan syariah Islam.

Katanya, perkara berkaitan hudud pernah sekali dibincangkan beberapa tahun lalu yang mana pemimpin DAP ketika itu mendiang Karpal Singh hadir dalam perbincangan panjang di pejabat agung PAS.

Justeru, kata Azmin, jika terdapat pandangan atau cadangan baru, perkara itu mesti dirujuk kepada kesepakatan dalam Pakatan, dengan merundingkannya kembali dalam Majlis Presiden.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR berkata demikian selepas hadir ke sebuah seminar berkaitan kepimpinan wanita Selangor hari ini.

[Baca berita asal]