MBI nafi mural berdasar gambar 'Chin Peng'
Normala Latiff juga menafikan laporan bahawa MBI akan mengecat semula mural itu.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan MBI akan menukar gambar lukisan mural seorang lelaki Cina berusia, yang dikatakan mirip Chin Peng itu.
Sinar Harian melaporkan hari ini, MBI telah pun "berbincang" dengan Ernest Zacherevic untuk "menukar gambar tersebut".
Laporan itu memetik "sumber " MBI sebagai berkata demikian selepas beberapa aduan dibangkitkan mengenai lelaki itu yang menyerupai Chin Peng.
Isu berkenaan juga dikatakan "sudah selesai" dan pihak MBI menafikan individu dalam lukisan mural berkenaan adalah Chin Peng.
Chin Peng , meninggal dunia pada tahun lepas di Thailand, tetapi abu beliau tidak dibenarkan untuk dibawa balik ke Malaysia oleh kerajaan.
Dia akhirnya disemadikan di Bangkok selepas beberapa tahun berada dalam buangan di sana.
Beliau dipersalahkan kerana siri keganasan yang berlaku semasa pemberontakan komunis di negara ini pada tahun 1969.

