BERITA

Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 93,000

Bernama

Diterbitkan
Dikemaskini 28 Dis 2014, 3:32 pagi

Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 93,407 orang pagi ini berbanding lebih 80,000 semalam, manakala di Terengganu, Pahang dan Perak tidak banyak berubah.

Di KELANTAN, jajahan Kota Baharu mencatat bilangan mangsa tertinggi iaitu 42,469 orang daripada 9,663 keluarga di 62 pusat pemindahan.

Air dilaporkan surut sedikit di Kota Baharu dan cuaca mendung.

Tumpat merupakan satu lagi jajahan yang teruk terjejas dengan 21,396 mangsa di 31 pusat pemindahan, diikuti Gua Musang (7,529/24 pusat) dan Pasir Mas (6,319/25 pusat).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 33,601 mangsa setakat 8 pagi ini berbanding 33,643 di sembilan daerah malam tadi.

- Bernama

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.