Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan bantah surat Zahid diguna dalam kes Phua
Diterbitkan:  Jan 5, 2015 9:25 AM
Dikemaskini: 8:30 AM

Surat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah ditarik balik daripada satu perbicaraan di Mahkamah Daerah Nevada selepas Putrajaya membantah ia digunakan untuk pembelaan kes Paul Phua Wen Seng.

Phua menghadapi tuduhan di AS berhubung maklumat pertaruhan dan perniagaan perjudian haram.

 

Dalam surat 18 Disember 2014 itu, Zahid menulis kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano menyatakan Paul Phua Wen Seng bukan anggota kongsi gelap 14k Triad.

 

Menteri itu (kanan) juga mendakwa Phua telah membantu Malaysia dalam perkara-perkara "keselamatan negara" dan berharap Phua dapat pulang ke Malaysia.

Pendakwa raya AS yang percaya Phua menjadi ahli kongsi gelap 14K, mengenakan tuduhan perjudian haram terhadapnya dan anak lelakinya, Phua Wait Kit.

Surat itu telah dikemukakan kepada Mahkamah Daerah Nevada oleh pasukan peguam Phua sebagai sebahagian daripada pembelaannya dalam perbicaraan yang sedang berlangsung di Las Vegas.

 

Dalam satu surat yang berasingan kepada majistret hakim Peggy A Leen, pasukan peguam Phua berkata mereka menarik balik surat Zahid itu selepas Putrajaya berkata kandungannya bukan untuk tatapan awam.

 

"Awal hari ini, kami menyerahkan (dalam ECF No. 386) sepucuk surat yang dihantar oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia kepada Biro Penyiasatan Persekutuan.

 

"Kerajaan kemudiannya menghubungi kami, membantah penggunaan surat itu kerana rekod itu telah ditutup," menurut surat itu yang dilihat Malaysiakini.

 

Berikutan bantahan kerajaan itu, katanya, mereka menarik balik surat tersebut.

Surat itu, bertarikh 29 Disember 2014, telah ditandatangani oleh peguam David Z Chesnoff yang mewakili Phua dan juga peguam Thomas C Goldstein dan Richard Schonfeld yang mewakili anak Phua.

 

Ia tidak menyatakan sama ada bantahan itu datang dari kementerian Zahid atau kementerian lain dalam kerajaan.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS