Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1MDB: Dana Pulau Cayman sedang dibawa pulang
Diterbitkan:  Jan 11, 2015 5:19 PM
Dikemaskini: 9:20 AM

Syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata dakwaan bahawa pihaknya memperdaya juruaudit berhubung dananya di Pulau Cayman dibuat dengan niat jahat.

Sedangkan, kata 1MDB, sebahagian daripada dana itu sudah dibawa pulang ke negara ini.

Reaksi itu diberikan selepas anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua daripada DAP menuduh 1MDB memperdaya juruaudit untuk menandatangani akaun tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2014.

Pua mengesyaki perkara ini mungkin berlaku ekoran jaminan firma itu bahawa keseluruhan AS$2.33 bilion (RM8.30 bilion) yang disimpan di Pulau Cayman akan dibawa pulang pada 31 Disember 2014.

Dalam e-mel kepada Malaysiakini , 1MDB berkata, RM4 bilion dana itu, yang bernilai RM7.71 pada 31 Mac 2013, sudah dibawa pulang dan banyak lagi akan menyusul.

“Pengerusi Lembaga Pengarah baru-baru ini mengeluarkan kenyataannya mengesahkan bahawa bakinya akan ditebus dalam beberapa bulan akan datang.

“Proses untuk melakukannya sudah pun bermula, dan kami akan membuat pengumumannya sejurus selepas ia selesai,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS