Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kabinet mendengar penjelasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung suratnya kepada Biro Penyiasatan Persekutuan berkaitan dengan Paul Phua, kata Menteri Luar Datuk Anifah Aman.

Anifah berkata, Zahid telah menjelaskan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini.

"Kita telah pun mendengar penjelasan diutarakan oleh beliau dan kita telah pun setuju menerima penjelasan-penjelasan yang telah pun diberikan," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Seorang pegawai pembantu Anifah kemudiannya menjelaskan bahawa kabinet telah mendengar penjelasan Zahid, bukannya " menerima " penjelasan seperti yang dilaporkan .

Ketika ditanya di sidang akhbar tersebut apakah penjelasan yang diberikan oleh Zahid, Anifah meminta wartawan bertanya sendiri kepada menteri dalam negeri itu.

[Berita berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS