Zaiton, wanita pertama jadi p'jaya sukan
Pengarah Bahagian Organisasi dan Hal Ehwal Atlet Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zaiton Othman menjadi wanita dan bekas atlit negara yang pertama dilantik pesuruhjaya sukan yang baru, umum Menteri Belia dan Sukan.
Dalam kenyataannya hari ini, Khairy Jamaluddin berkata Zaiton menggantikan Ahmad Shapawi Ismail yang dilantik ketua pengarah MSN yang baru.
Zaiton, 55, mula akan mula bertugas pada 1 Februari depan.
"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Zaiton dan berharap bahawa beliau dapat menggalas tanggungjawab baru beliau dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi," kata Khairy.
Atlet Wanita Kebangsaan itu memegang Ijazah Sarjana Muda dalam Physical Education daripada Universiti Pertanian Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana dalam Applied Sports Psychology daripada Universiti San Diego State, California .
Zaiton memulakan perkhidmatan beliau di MSN sebagai pegawai sukan pada September 1989 kemudian berkhidmat sebagai Sport Psychology Officer di Institut Sukan Negara dari 1992 hingga 2000 sebelum kembali ke MSN.

