Eusoff, Lingam hadapi persoalan baru
Sebuah agensi penyiasatan di United Kingdom mencetuskan beberapa dakwaan baru berhubung percutian Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin bersama seorang peguam terkenal, V. K. Lingam, enam tahun lalu.
Sebuah agensi penyiasatan di United Kingdom mencetuskan beberapa dakwaan baru berhubung percutian Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin bersama seorang peguam terkenal, V. K. Lingam, enam tahun lalu.
Menurut laporan yang disediakan oleh syarikat penyiasat persendirian Bowman Investigations itu, Eusoff dan Lingam terbang bersama dengan ahli keluarga mereka untuk bercuti Krismas di New Zealand dalam tahun 1994.
Salinan tiket dan jadual percutian Eusoff dan Lingam, yang didakwa berjaya diperolehi oleh agensi itu, menunjukkan mereka berdua telah menaiki pesawat udara yang sama dari Singapura ke Auckland, dan ketika berada di New Zealand. Sila lihat [#1] jadual aturcara Eusoff[/#] dan [#2] tiket Lingam[/#]
Agensi itu menyebutkan Lingam dan rombongannya terbang ke Singapura menaiki peswat Singapore Airlines pada 22 Disember 1994 dan menyambung penerbangannya ke Auckland.
Pada hari yang sama, Eusoff dan keluarganya menaiki pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ke Singapura dan kemudiannya menyertai Lingam dengan menaiki tempat duduk kelas perniagaan ke Auckland.
Kedua-dua keluarga itu bersama-sama menuju ke Christchurch empat hari kemudiannya dan pulang ke Kuala Lumpur melalui Singapura pada 30 Disember.
Sepanjang percutian lapan hari itu, Eusoff ditemani isterinya Rosaini Mustaffa, anak perempuan Zubaidah 7, dan anak lelaki Johan, 6 tahun. Sementara Lingam ditemani iseri K. Gnanajothy dan dua anak perempuan Sivashahki, 11, dan Sivajothy,10.
Turut menemani dua keluarga itu ialah Tan Chong Paw, seorang bekas sarjan polis - menurut laporan agensi penyiasat itu - yang juga pegawal keselamatan ahli perniagaan Vincent Tan.
| 1994 | |||
Eusoff's Family
Eusoff Chin
Rosaini Mustaffa
Zubaidah, 7, Johan, 6
V.K Lingam, K. Gnanajoythy,
Sivashahkti, 11, Sivajothy, 10,
Tan Chong Paw
First Class
First Class
Business Class
Business Class
Business Class
Business Class
Economy Class
Economy Class
Business Class
Economy Class
Business Class
Business Class
First Class
First Class
Siasatan agensi Bowman itu ditugaskan oleh beberapa syarikat insurans dan sebuah syarikat guaman pada awal 1998.
Misi kepada Bowman: Untuk mendapatkan bukti bersangkutan amalan rasuah, pergaulan salah laku dan perkara lain yang ada kaitan dengan kehakiman Malaysia yang dapat membantu kes saman membabitkan firma guaman itu.
Satu salinan kedua-dua laporan itu yang disediakan oleh Pengarah Urusan Bowman, D. McCarthy - satu bertarikh 2 Mac, 1998 dan satu lagi bertarikh 21 April, 1988 telah diserahkan oleh pihak yang tidak dikenali kepada malaysiakini (Sila lihat [#3] Laporan risikan Bowman[/#] ).
Bukti yang tertera dalam laporan Bowman itu bertentangan dengan kenyataan Eusoff minggu lalu. Ketua Hakim itu berkata belai bertemu Lingam secara tidak sengaja ketika bercuti di New Zealand.
"Secara kebetulan saya terserempak dengannya di sana. Sebagai seorang Malaysia di negara orang, saya memang gembira bertemu dengan seorang anak watan. Saya beritahunya bahawa saya dalam perjalanan ke zoo dan dia bertanya kalau dia boleh menemani saya," kata Eusoff kepada wartawan Selasa minggu lepas.
"Saya beritahu dia bahawa saya mahu menaiki bas ke sana dan dia pun tidak membantah dan terus menemani saya. Lagipun dia mahu mengambil beberapa keping gambar bersama saya dan saya pula tidak menghalang." (sila lihat The Sun 7 Jun)
Lingam mewakili tokoh perniagaan Vincent Tan dalam satu kes saman terhadap wartawan berpengalaman M.G.G. Pillai, rayuan kes itu di Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Eusoff.
Pillai masih menunggu keputusan mahkamah itu, dua tahun setengah selepas rayuannya dibuat terhadap hukuman ganti rugi RM2 juta kepada Vincent.
Laporan Bowman itu menunjukkan setelah berada di Auckland selama empat hari, dua keluarga itu menaiki pesawat domestik ke Christchurch, pintu masuk ke Pulau Selatan di New Zealand.
Dua keluarga itu berada di sana selama empat hari, termasuk satu hari untuk bersantai di satu pusat peranginan di pergunungan bandar [#4] Queenstown[/#] .
Terdapat dua keping gambar dua keluarga itu yang disiarkan di [#5] internet[/#] sejak awal 1988. Ia menunjukkan kedua-dua pihak itu telah bersama-sama bersiar-siar di Queenstown.
Satu [#6] gambar[/#] ini menunjukkan kedua-dua pasangan itu bergambar di hadapan [#7] Skyline Gondola & Restaurant[/#] yang terletak di Bob's Peak, sebuah stesen kereta kabel yang menghubungkan bandar itu dengan pusat peranginan di puncak bukit.
[#8] Satu lagi[/#] menunjukkan dua keluarga bergambar di depan satu lagi pusat tarikan pelancong bernama [#9] Kiwi & Birdlife Park[/#] .
Dua gambar tersebut, dengan pakaian yang sama, menunjukkan ia dirakam pada hari yang sama.
Terdapat juga [#10] salinan keratan tiket[/#] yang didapati oleh penyiasat Bowman di New Zealand yang menunjukkan dua keluarga itu terbang pulang dari Queenstown ke Christchurch pada 29 Disember.
Keesokan harinya, dua keluarga itu berlepas ke Auckland dengan menaiki kelas perniagaan ke Singapura, dan kemudiannya bertolak pulang ke Kuala Lumpur.
Mengikut laporan Bowman, catatan di kad imigresen keluarga Lingam mengisytiharkan mereka menginap di hotel-hotel Best Western di Auckland dan Christchurch.
"Kami telah membuat beberapa penyiasatan dan menyelidik rekod lama di beberapa hotel ini dan mendapati Lingam dan rombongannya tidak pernah menginap di hotel tersebut," tulis Pengarah Urusan agensi siasatan itu, McCarthy.
"Kami juga telah membuat siasatan dan menyemak rekod di Hotel Sheraton, Hotel Quality, Anzac Avenue, Travel Lodge, Harbour City, Quality Hotel Queenstown tanpa menemui sebarang kejayaan," tambah penyiasat itu.
McCarthy juga melaporkan agensi penyiasat itu dimaklumkan pelanggan Lingam, Vincent Tan "mempunyai kediaman di New Zealand yang selalu dibenarkan kawan-kawannya menginap."
Menurut McCarthy lagi, tiket penerbangan dibayar dengan dua keping cek dan wang tunai.
"Kami difahamkan satu cek itu kepunyaan Lingam dengan akaunnya di bank Nova Scotia. Satu lagi cek milik Eusoff dan pembayaran secara tunai untuk tiket (pengiring keselamaan) Vincent," tulis McCarthy.
Pasukan penyiasat Bowman juga berkata mereka memperolehi salinan cek Lingam berjumlah RM24,912 yang dibayar kepada Holiday Tours & Travels di Kuala Lumpur.
McCarthy menambah bahawa dalam siasatan itu, mereka mendapati Badan Pencegah Rasuah pernah menyiasat agensi pelancongan yang sama - tempat tiket penerbangan ditempah.
Pada sidang akhbar minggu lalu, Eusoff menunjukkan kepada wartawan satu longgok salinan resit untuk pembayaran tiket kapal terbang dan sewaan hotel.
Beliau mengaku membayar semua pebelanjaan ke New Zealand dan akan mendakwa sesiapa yang menuduh percutiannya itu dibiayai oleh pihak ketiga.
Eusoff juga mengaku beliau pernah disiasat oleh BPR, tetapi beliau berkata telah disahkan tidak melakukan sebarang kesalahan.
Tuduhan terhadap Eusoff dan Lingam mula muncul di internet bersama gambar-gambar mereka di New Zeland itu sejak awal 1988. Bagaimanapun, isu itu berbangkit semula selepas wawancara radio Australia bulan lepas dengan Menteri di Jabatan Perdana Meneri, Datuk Dr. Rais Yatim.
Dalam wawancara itu, Rais berkata "tidak wajar" bagi seorang hakim pergi bercuti dengan seorang peguam yang mempunyai beberapa kes mahkamah yang diadili oleh hakim itu.
Badan peguam sedang menimbangkan untuk mengemukakan satu resolusi bagi mendesak agar Eusoff digantung jawatannya sementara menunggu satu suruhanjaya bebas menyiasat skandal itu.
Perkara ini akan dibentangkan di sidang tergempar Majlis Peguam pada 23 Jun depan. Namun, mesyuarat itu tidak dapat dipastikan akan dapat dilangsungkan.
Isnin lalu, Majlis Peguam telah menerima satu surat amaran daripada seorang peguam agar tidak meneruskan hasrat mereka itu kerana ia boleh dianggap sebagai penghinaan dan satu hasutan.
K. Raja Segaran telah memberikan notis 48 jam kepada majlis itu untuk membatalkan hasrat mereka ataupun beliau akan memohon satu perintah mahkamah untuk menghalangnya. Permintaan Rajasegaran itu ditolak oleh Presiden Majlis Peguam, Sulaiman Abdullah.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata siasatan dalam perkara itu tidak diperlukan dan membayangkan langkah yang diambil oleh badan peguam itu sebagai "bermotifkan politik."
Sementara itu, bekas Ketua Pembangkang dan Pengerusi DAP Lim Kit Siang menggesa Dewan Rakyat agar mengadakan sidangan tergempar untuk menubuhkan satu suruhanjaya penyiasat terhadap perkara itu.

