Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes bunuh lihat motif, kata ketua polis
Diterbitkan:  Feb 1, 2015 11:42 AM
Dikemaskini: 5:09 AM

Mahkamah menjatuhi hukuman mati kepada dua bekas polis elit Azilah Hadri and Sirul Azhar Umar.

Bagaimanapun motif pembunuhan itu masih diperdebatkan.

Mengulas kritikan berhubung motif tidak diketahui itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan kes bunuh meliputi pelbagai aspek.

Ini, katanya, termasuk mengukuhkan sebab di sebalik tindakan itu dan memastikan bukti cukup untuk tujuan pendakwaan.

“Ini akan direkod dalam kertas siasatan yang dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Semasa pendakwaan, pihak pendakwa akan menentukan kembali perkara itu atau keterangan yang mana satu untuk ditambah untuk membuktikan kes itu,” katanya kepada Malaysiakini.

Khalid berkata prosedur operasi piawai (SOP) sama dilaksanakan dalam siasatan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, ketika itu bawah ketua polis masa itu Tan Sri Musa Hassan.

Dia juga menegaskan bukan tugas polis untuk mempersoal pihak pendakwaan atau mahkamah kerana tidak menyelidik motif semasa pendengaran kes.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS