Beliau tidak berminat dengan politik, apatah lagi fahaman sosialis.

Tetapi masa terluangnya dihabiskan untuk meniru Mao Zedong daripada pelbagai segi.

Ini termasuk cara bercakap, menulis dan berjalan. Pendek kata, semuanya harus mirip tokoh Komunis China itu.

Tetapi kenapa Xu Ruilin, 58, terlalu obses dengan Mao?

Tidak, beliau tidak obses, semuanya semata-mata kerana peluang.

Mempunyai wajah mirip Mao di China membolehkannya memenuhi permintaan terhadap bidang persembahan karya propaganda negara itu, lapor AFP .

Ini termasuklah persembahan pentas dan rancangan televisyen.

“Sekarang ini banyak peluang untuk melakonkan watak Mao,” Xu dipetik sebagai berkata.

Trend itu kini mewujudkan karier baru dikenali sebagai " texing yanyuan " atau “pelakon watak khas.”

Bukan sahaja Mao, terdapat juga permintaan untuk melakonkan watak-watak penting lain China seperti orang kanan Mao, Zhou Enlai dan dan pembaharu ekonomi republik itu Deng Xiaoping.

The Mao the Merrier: Lookalike Chinese actors are in ever increasing demand http://t.co/6qZfmln7Qq pic.twitter.com/C7h87JRxLi

— Agence France-Presse (@AFP) February 3, 2015