Sekumpulan saudara mara penumpang pesawat malang MH370 dari China hari ini melancarkan tunjuk perasaan di depan ibu pejabat MAS di Subang.

Tiba malam tadi di lapangan terbang KLIA, mereka juga mendesak untuk bertemu pengurusan syarikat penerbangan itu dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Setelah berunding dengan seorang pegawai MAS, tiga daripada mereka dibenarkan masuk untuk berbincang dengan wakil-wakil pengurusan.

Mereka pada mulanya mendesak semua mereka dibenarkan bertemu dan enggan masuk tetapi selepas 20 minit menukar pendirian.

Seramai 153 penumpang dari China terbabit dalam tragedi pesawat hilang tersebut sejak Mac tahun lalu.

Hingga kini rangka pesawat itu masih gagal dijejaki selepas lebih setengah lalu dicari di selatan Lautan Hindi, di barat Australia.

[Baca berita asal]