Menteri: Sirul berhak buat pendedahan
Diterbitkan: Feb 18, 2015 4:27 PM | Dikemas kini: Feb 18, 2015 7:01 PM
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, bekas komando polis, Sirul Azhar Umar berhak membuat pendedahan mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
“Itu hak dia,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media hari ini.
Hishamuddin bagaimanapun enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.
"Saya tidak tahu apa yang dia ingin katakan, jadi bagaimana saya nak ulas apa-apa?,” katanya lagi.
Sirul yang kini ditahan pihak berkuasa Australia, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mungkin akan membuat pendedahan mengenai kes tersebut kepada media negara itu.
Sirul turut memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bersedia mendedahkan motif pembunuhan Altantuya.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.