Sulaiman didakwa hina mahkamah
Kes menghina mahkamah terhadap Presiden Majlis Peguam, Sulaiman Abdullah, akan didengar esok selepas hakim menerima permohonan untuk menangguhkan prosiding hari ini tengah hari tadi.
Hakim Mahkamah Tinggi R. K. Nathan membenarkan penangguhan itu selepas Sulaiman berkata beliau memerlukan masa untuk menyediakan penjelasan dan bagi memutuskan sama ada akan mewakili dirinya sendiri atau melantik peguam bela.
Pagi ini, Nathan membacakan dakwaan terhadap Sulaiman selepas ketua badan peguam itu menuduh hakim mempunyai kepentingan peribadi dalam kes itu kerana seorang anaknya anggota Majlis Peguam.
Sulaiman bertindak bagi badan profesional yang mewakili 9,000 peguam selepas seorang anggotanya, K. Raja Segaran, memohon mahkamah mengisytiharkan satu mesyuarat tergempar yang akan diadakan Jumaat ini sebagai "salah, haram, batal serta tidak sah" dan juga memohon perintah sementara supaya ia tidak diteruskan.
Nathan kemudiannya mengarahkan Sulaiman menunjukkan sebab mengapa beliau tidak boleh didakwa sebagai menghina mahkamah, sebelum sesi itu berhenti rehat tengah hari.
Bagaimanapun, selepas mahkamah bersidang semula, Sulaiman memberitahu hakim bahawa beliau memerlukan masa yang secukupnya untuk meneliti perkara tersebut.

Majlis Peguam menganjurkan mesyuarat tergempar itu bagi mendesak pergantungan jawatan dan penubuhan tribunal menyiasat Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin, yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang peguam terkenal, V. K. Lingam.
Kontroversi lawatan Eusoff dengan Lingam di New Zealand pada Disember 1994 berbangkit semula bulan lalu apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Rais Yatim, berkata lawatan itu "bukannya satu perbuatan yang wajar" dalam satu wawancara dengan sebuah stesen radio Australia.
Beberapa keping gambar lawatan itu yang menunjukkan Eusoff dan Lingam bersama keluarga masing-masing disebarkan dalam internet sejak 1998.
Eusoff bagaimanapun, mendakwa gambar-gambar itu dirakam apabila mereka bertemu "secara kebetulan."
[#1] Malaysiakini[/#]
minggu lepas memetik satu [#2] laporan[/#] agensi penyiasatan persendirian, Bowman Investigations, yang membayangkan percutian itu "dirancang" oleh Eusoff dan Lingam.Raja Segaran pernah menulis surat dan meminta Majlis Peguam membatalkan hasratnya itu dengan alasan mesyuarat tersebut dan resolusi yang akan dicadangkan itu ultra-vires dengan Akta Profesyen Guaman dan beberapa perkara yang akan dibincangkan itu bercanggah dengan Akta Hasutan.