Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengarah AmBank undur bukan sebab 1MDB
Diterbitkan:  Mar 4, 2015 8:00 AM
Dikemaskini: 6:07 AM

Pengarah urusan kumpulan AmBank Group meletakkan jawatan bukan kerana masalah pinjaman yang diberikan kepada syarikat pelaburan nasional 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sebaliknya Ashok Ramamurthy memutuskan untuk berundur kerana beliau ingin kembali kepada keluarganya yang tinggal di Australia.

"Ashok memutuskan untuk kembali kepada keluarganya di Melbourne selepas tinggal berjauhan daripada mereka untuk beberapa tahun," kata AmBank Group satu satu kenyataan lewat  semalam.

Ashok berkhidmat dengan AmBank sejak 2007 dan dilantik sebagai pengarah urusan pada 2012. Peletakan jawatannya diumumkan pada 29 Januari lalu.

Menurut kenyataan itu lagi, Ashok akan meneruskan kerjayanya bersama Kumpulan Perbankan Australia dan New Zealand (ANZ) apabila beliau kembali ke Australia.

Seorang naib presiden PKR semalam mendakwa Bank Negara menemui hal yang tidak kena dalam pinjaman RM2 bilion AmBank kepada 1MDB sehingga membawa pengunduran Ashok dan dua lagi pegawai atasan bank tersebut.

Memetik sumber pembocor maklumat,  Rafizi Ramli berkata pengunduran itu berlaku selepas Bank Negara menjalankan audit pematuhan pada AmBank dan menemui sesuatu yang janggal.

"Berita berhubung pertukaran kepimpinan AmBank berlalu senyap tanpa perhatian media dan orang awam," kata Rafizi, yang juga setiausaha agung PKR.

Pinjaman itu dikatakan untuk projek pembangunan di Kuala Lumpur.

Malaysiakini  masih menunggu respons dari Bank Negara berhubung perkara itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS