Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

DAP tidak berganjak bahawa rang undang-undang persendirian PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan, jika dibentangkan di Parlimen, memerlukan sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat untuk diluluskan.

PAS sebelum ini berkata bahawa rang undang-undang itu hanya memerlukan majoriti mnudah untuk diluluskan dengan MP Shah Alam Khalid Samad dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui perkara itu.

Bagaimanapun, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata pelaksanaan hudud di negeri itu masih memerlukan pindaan perlembagaan yang juga memerlukan dua pertiga majoriti Dewan Rakyat.

"Mereka sudah pasti tidak akan mendapat sokongan DAP dan mereka tidak akan mendapat (sokongan) dua pertiga majoriti," kata Loke kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Dengan kenyataan Loke itu, sekalipun sokongan penuh oleh semua 88 MP daripada Umno, PAS tidak akan berupaya memastikan rang undang-undang itu dibenar untuk dibahaskan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS