Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, saksi plaintif terakhir dalam saman cuai difailkan anggota keluarga Teoh Beng Hock terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 13 lagi, tidak hadir untuk prosiding di mahkamah hari ini.

Pornthip memaklumkan kepada adik mendiang Beng Hock, Lee Lan, berhubung ketiadaannya hari ini melalui pesanan SMS.

Lee Lan tidak mendedahkan kepada media kenapa Pornthip tidak dapat hadir ke prosiding itu.

Mahkamah menetapkan 11 dan 12 Mei untuk mendengar pengakuan daripada saksi defendan. Defendan dijangka memanggil 13 orang saksi.

Pornthip juga saksi pakar yang dipanggil oleh kerajaan Selangor semasa inkues kematian Beng Hock.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS