Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zunar dijangka dituduh menghasut Jumaat ini
Diterbitkan:  Apr 1, 2015 4:16 PM
Dikemaskini: 10:36 AM

Kartunis politik Zunar dijangka didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan pada Jumaat ini.

Zunar berkata, ia berkaitan tulisan di akaun Twitternya yang mengkritik hakim berhubung hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari lepas.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anuar Ul Haque, berkata beliau baru dimaklum oleh peguamnya mengenai perkara itu.

Zunar dijangka didakwa di bawah seksyen 4 (1) C Akta Hasutan yang membawa hukuman maksima tiga tahun penjara dan denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Sebelum ini, kata Zunar, beliau telah ditahan selama tiga hari dalam siasatan kes itu.

Menurutnya lagi, ketika dalam tahanan, polis juga membuka kertas siasatan mengenai dua bukunya yang bertajuk "Pirate of Carry BN" dan "Conspiracy to Imprison Anwar". 

Zunar berkata, perjuangan melalui kartun akan diteruskan dan beliau akan melukis "hingga ke titisan dakwat yang terakhir". 

Lihat Komen
ADS