Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cukai GST halal, tegas Najib
Diterbitkan:  Apr 1, 2015 4:43 PM
Dikemaskini: 11:26 AM

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang dikuatkuasakan pertama kali hari ini, adalah halal dan mengikut fatwa, kata perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata pelaksanaan cukai itu dibuat berdasarkan kajian yang menyeluruh dan teliti.

"Seperti yang kamu sedia maklum, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mula dikuatkuasakan hari ini.

"Kita boleh berhujah sama ada ia halal... ya sebenarnya, Majlis Fatwa Kebangsaan keluarkan fatwa bahawa GST halal," katanya.

Menurut Berita Harian , hasil kajian 35 tahun itu mendorong kerajaan memutuskan cukai baru itu distrukturkan secara berbeza dengan pelaksanaan cukai yang sama dilaksanakan di negara lain.

Beliau melancarkan Sidang Kemuncak Halal Dunia 2015 di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Baru-baru ini, seorang anggota parlimen PAS mencabar fatwa yang mengharuskan tindakan kerajaan untuk melaksanakan GST.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berpendapat tindakan itu "haram" dilakukan atas alasan pelaksanaan cukai itu tidak menepati syarat pengharusan cukai dalam Islam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada Oktober 2014 membuat keputusan mengharuskan pemerintah mengutip GST selagi terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat.

Bagaimanapun, pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak, antaranya ketika kerajaan memerlukan sumber kewangan, bebanan cukai dikutip secara adil dan dibelanjakan untuk maslahah ummah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS