Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi: Media bebas lebih penting dari Anwar

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menyatakan sokongan pada bantahan media terhadap penangkapan pengarang The Malaysian Insider bawah Akta Hasutan 1948.

Malah, anggota Parlimen Pandan itu berkata media yang bebas “lebih penting daripada mempertahankan ahli politik yang dipenjarakan”.

Beliau berkata demikian di lobi Parlimen ketika ditanya siapa akan dipilih sebagai ketua pembangkang baru selepas Lembaga Pengampunan menolak permohonan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pengampunan diraja.

Mengelak soalan itu, Rafizi ( kiri ) menegaskan persoalan serangan terhadap kebebasan media lebih penting berbanding perkara itu pada hari ini.

“Bila sampai masa kita akan selesaikan perkara itu. Ada banyak lagi isu. Kawan kamu, wartawan sedang ditekan, mari berdepan perkara ini dahulu dan bukannya spekulasi.

“Saya hendak reben juga boleh?” tanya Rafizi apabila mendapati ramai pemberita memakai reben kuning lambang kebebasan media di Parlimen sebagai tanda bantahan terhadap tindakan pada wartawan.

Rafizi kemudian berkata ahli politik dan anggota Parlimen tidak dapat melakukan kerja mereka tanpa media yang bebas.

“Saya rasa mempertahan media bebas dan wartawan lebih penting daripada mempertahankan ahli politik di penjara.

“Tanpa kamu semua, tiada apa yang boleh kami buat,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS