Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Awang Alik Jeman ketua pentadbir baru Parlimen

Timbalan Ketua Pentadbir Parlimen, Awang Alik Jeman dilantik sebagai Ketua Pentadbir Parlimen yang baharu berkuat kuasa semalam.

Menurut kenyataan Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed hari ini, pelantikan Awang Alik adalah bagi menggantikan Datuk Lamien Sawiyo yang bertukar ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 3 April lepas.

Awang Alik sebelum ini pernah menjawat beberapa jawatan antaranya sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Jabatan Latihan Khidmat Negara, Setiausaha Sulit Kanan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan pernah bertugas di beberapa kementerian antaranya Kementerian Pertahanan dan Jabatan Perdana Menteri.

Beliau bertugas sebagai Timbalan Ketua Pentadbir Parlimen sejak Julai 2014.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS