mk-logo
Berita
Ismail: Kerusi campuran muncul kerana Dr M
Diterbitkan:  Apr 9, 2015 8:00 AM
Dikemaskini: 8:44 AM

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad – ketika menjadi perdana menteri – mengubah banyak kerusi majoriti Melayu menjadi kerusi campuran.

Beliau mendakwa ia berpunca daripada kemerosotan undi dari golongan Melayu pada BN dalam pilihan raya umum 1999.

Susulan itu, Mahathir mengubah banyak kerusi majoriti Melayu menjadi kerusi campuran, dakwanya.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Ismail berkata, itulah sebabnya persempadanan semula berlaku pada masa itu (selepas pilihan raya).

"Kerusi majoriti Melayu telah berkurangan dan telah bertukar menjadi kawasan campuran," katanya yang menambah, Mahathir tidak yakin dengan sokongan orang Melayu pada masa itu.

Akhirnya,  tegas Ismail lagi, “legasi Mahathir” dalam bentuk undi bukan Melayu menjadi faktor penentu di banyak kerusi.

Selepas pilihan raya umum 1999, jumlah kerusi Parlimen yang diwakili Umno berkurangan sebanyak 22. Parti itu juga hilang penguasaannya di Terengganu.

Pada pilihan raya umum 2004 yang berikutnya, Umno bangkit semula, dengan memenangi tambahan 38 kerusi.

Ismail berkata Najib telah berjaya membawa perubahan kepada Umno dan ini membolehkan parti itu mendapat lebih undi pada pilihan raya umum 2013.

[Baca berita penuh/asal]

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini