Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelajar suspek H1N1 meninggal dunia
Diterbitkan:  Apr 15, 2015 3:19 PM
Dikemaskini: 7:20 AM

Pelajar usia 10 tahun suspek H1N1 meninggal dunia

Pelajar tahun lima Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pay Teck, yang disyaki dijangkiti virus Influenza A atau H1N1, meninggal dunia pada tengah malam tadi.

   

Pengarah Kesihatan Negeri Melaka Datuk Ghazali Othman mengesahkan perkara tersebut bagaimanapun berkata punca kematian pelajar lelaki berusia 10 tahun itu masih dalam siasatan.

"Diharap orang ramai tidak terburu-buru membuat kesimpulan berhubung perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama di Melaka hari ini.

Pelajar lelaki itu dirawat di sebuah hospital swasta di sini selepas dimasukkan ke wad akibat demam panas sejak Jumaat lepas dan berada dalam keadaan koma sebelum meninggal dunia.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam malam tadi berkata jangkitan terhadap pelajar itu masih belum disahkan dan masa dua atau tiga hari diperlukan bagi menjalankan ujian untuk mengenal pasti jangkitan tersebut.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS