Mukhriz kata tiada sebab letak jawatan
Datuk Seri Mukhriz Mahathir enggan tunduk pada desakan agar beliau berundur dari jawatan menteri besar Kedah.
Laporan The Star menyebut, tiada sebab bagi beliau mengosongkan jawatan yang diamanahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
"Saya rasa, tiada sebab untuk saya lepaskan kedudukan ini.
"Tiada masalah besar yang memerlukan saya berbuat demikian,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Tekanan ke atas Mukhriz timbul kerana beliau masih lagi belum menyatakan pendirian ekoran kritikan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Najib.
Susulan itu, Mukhriz berkata beliau hanya akan menyatakan pendirian semasa pertemuan Umno Kedah pada 24 April.
Laporan The Star pula menyebut, khabar angin menyatakan bahawa tarikh 24 April itu disebut-sebut sebagai tarikh untuk Mukhriz meletak jawatan.
[Berita penuh menyusul]

