Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menolak dakwaan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa mereka bersetuju dengan Akta Pencegahan Keganasan (Pota).

Sebaliknya, kata suruhanjaya itu, mereka ada mengeluarkan surat kepada Kementerian Dalam Negeri pada 12 Mac bagi meminta peluang menasihati kerajaan untuk menambah baik perkara berkaitan hak asasi manusia.