Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Plus: Tol dilanjutkan tapi kadarnya separuh harga

Plus Malaysia Berhad mengesahkan bahawa konsesi kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau telah dilanjutkan sehingga tahun 2038 tetapi menegaskan bahawa penggunanya hanya membayar separuh harga.

Syarikat itu memberitahu Malaysiakini bahawa konsesi bagi Laluan 2 Lebuhraya Persekutuan yang sepatutnya berakhir pada 2018, telah dilanjutkan selama 20 tahun pada 2011, di bawah semak semula perjanjian dengan kadar tol yang lebih rendah.

Katanya, dalam usaha untuk mengurangkan kesan kenaikan tol kepada orang awam, kadar tol di lebuh raya PLUS, termasuk Batu Tiga, telah distrukturkan semula pada tahun 1999, 2002 dan 2011.

 

Tambahnya, jika menggunakan perjanjian konsesi asal, yang menyatakan bahawa konsesi akan berakhir pada tahun 2018, maka kadar tol di Batu Tiga hari ini sepatutnya RM2.40 berbanding kadar semasa RM1.10,  yang kekal sama sejak tahun 2005.

Plus mengulas satu laporan pada 16 April di SelangorKini, yang memetik ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail berkata kerajaan pusat tidak menghiraukannya permintaan rakyat supaya tol itu ditutup, dan sebaliknya, perjanjian konsesi diperbaharui untuk selama 20 tahun lagi.

' Tiada pelanjutan melebihi 2038'

Plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau adalah sebahagian daripada konsesi Lebuhraya Utara Selatan.

Plus berkata, semakan perjanjian konsesi pada 2011 menyatakan  bahawa tidak akan ada lanjutan lagi selepas tahun 2038.

Menurutnya, konsesi itu akan berakhir pada 31 Disember 2038, seperti yang dijadualkan.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS