Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan mengulas berhubung percanggahan kenyataan sama ada protes antisalib di Taman Medan, Petaling Jaya dianggap menghasut.

"Saya dah bercakap, saya tidak mahu ulangi apa saya cakap," katanya.

Semalam Khalid berkata perhimpunan menuntut salib di gereja tersebut diturunkan tidak melibatkan unsur hasutan.

Sebaliknya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berpendapat bantahan terhadap peserta itu dianggap sebagai menghasut.

Khalid berjanji bahawa polis akan menyiasat sebarang laporan berkaitan protes itu, bagaimanapun beliau beberapa kali menepis soalan mengenai peruntukan seksyen yang digunakan untuk siasatan.

"Kita akan siasat, saya dah cakap lima kali dah," katanya sebelum mengakhiri sidang media itu.

Sebelum itu beliau memberitahu media termasuk portal berita supaya tidak mensensasikan isu tersebut.

"Keadaan nampak reda, jadi saya seru semua pihak, termasuk portal, (supaya) tidak menghangatkan lagi isu ini.

"Jangan mainkan sentimen, ini tidak baik untuk negara kita yang berbilang agama berbilang kaum.

"Biarlah pihak berkuasa MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya), kerajaan negeri, polis buat siasatan, " katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS