Kumpulan antara agama harus kerap bertemu dan bukannya hanya apabila berlaku sesuatu insiden, kata Penyelaras Kumpulan Persahabatan Perkhidmatan Antara Agama (FGIS), Suresh Kumar Govind.

 

Katanya, mereka seharusnya bertemu walaupun tidak ada situasi konflik, untuk berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan.

 

Kemudian, katanya, dalam proses itu, jika ada isu, mereka boleh membincangkannya dalam suasana sedemikian.

Katanya, jika mereka hanya apabila ada sesuatu isu, maka ia akan sukar untuk diselesaikan kerana masing-masing melihatnya dari perspektif mereka sendiri.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap di bengkel mengenai hubungan antara agama sebagai sebahagian daripada Forum Rakyat Asean di Kuala Lumpur semalam.

 

Forum itu yang berakhir hari ini, mengumpulkan badan bukan kerajaan dan masyarakat di rantau ini dan diadakan sempena dengan Sidang Kemuncak Asean.

[Baca berita penuh/asal]