Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kanak-kanak 5 tahun maut dihempap pokok
Diterbitkan:  Apr 29, 2015 2:49 PM
Dikemaskini: 9:26 AM

Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas sebatang pokok balak tumbang dan menghempap empat buah rumah di Kampung Bakalau, Beaufort, kira-kira 97 kilometer dari Kota Kinabalu hari ini.

Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Mustaffa Maarof Mustaffa berkata kanak-kanak berumur  lima tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di Hospital Beaufort.

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.19 pagi apabila sebatang pokok balak di tebing Sungai Bakalau yang reput di bahagian pangkal tumbang dan menghempap empat buah rumah di situ," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata bomba menerima panggilan tentang kejadian itu kira-kira pukul 6.22 pagi dan tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.

Beliau berkata lapan mangsa lain yang terperangkap dalam rumah yang terjejas selamat dan berjaya dikeluarkan oleh penduduk di situ sebelum bomba tiba.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS