Hadi setuju Azizah ketua pembangkang
Diterbitkan: May 11, 2015 2:32 PM | Dikemas kini: May 11, 2015 2:34 PM
PAS bersetuju menyerahkan kerusi ketua pembangkang Dewan Rakyat kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
Ketua Whip PAS Datuk Mahfuz Omar berkata keputusan itu dibuat oleh presiden parti Islam itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mesyuarat kelmarin, lapor Harakahdaily.
"Cadangan presiden PAS itu untuk serahkan kepada parti yang mempunyai majoriti dan sudah tentu DAP,” beliau dipetik sebagai berkata.
"Namun pendirian DAP untuk menyerahkan kerusi itu kepada PKR, kita setuju cadangan tersebut dan menyerahkannya kepada ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Wan Aziah Ismail.”

