K'jaan tegaskan serius soal kebebasan media
Diterbitkan: May 12, 2015 12:10 PM | Dikemas kini: May 12, 2015 12:13 PM
Kerajaan sentiasa mengambil serius soal kebebasan akhbar, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari hari ini.
Beliau menekankan ketepatan laporan dan sikap tidak berat sebelah.
“Akhbar mesti bebas dan dilihat bebas,” kata Jailani dalam acara sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia di Kuala Lumpur, yang jatuh pada 3 Mei.
Beliau juga berkata banyak organisasi media di seluruh dunia dimiliki atau dipengaruhi oleh entiti “luar”.
Jailani ( kanan ) bagaimanapun percaya bahawa Malaysia mempunyai campuran media milik kerajaan dan swasta yang baik.

