Loke: Tanah 2 sen sekaki persegi untuk MCA
Sebidang tanah rizab kerajaan didakwa diserahkan kepada satu syarikat pada harga dua sen sekaki persegi, kata Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke.
Menurut pemimpin kanan DAP itu, syarikat dimaksudkan mempunyai kaitan dengan MCA.
Kata Loke, kerajaan Negeri Sembilan meluluskan sebidang tanah rizab kuari dan sidang tanah rizab Melayu seluas 9.83 hektar pada 2001 dengan harga RM24,853.
"Nilai itu sama dengan dua sen bagi setiap sekaki persegi untuk tanah seluas 1.05 juta kaki persegi itu," katanya dipetik akhbar harian China Press hari ini.
Menganggap transaksi itu seperti pemberian percuma , Loke berkata, tanah berkenaan terletak berhampiran Kuil Then Tze di Temiang.
Katanya, harga tanah itu pasti lebih tinggi daripada dua sen sekaki persegi berdasarkan pembangunan di kawasan berkenaan.

