SPDP bakal buka cawangan di Semenanjung
Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) bercadang untuk meminda perlembagaan parti untuk membolehkan peranan parti diperluaskan di luar Sarawak khususnya penyokong-penyokong SPDP di Semenanjung.
Presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing berkata, buat masa ini parti sedang dalam proses untuk mengkaji menaik taraf kelab SPDP Johor kepada peringkat bahagian atau cawangan untuk membolehkan rakyat Sarawak bergiat aktif dalam politik.
"Ini juga akan menjadi satu platform kepada mereka yang ingin menyertai aktiviti politik dan juga bertanding dalam pilihan parti," katanya dalam satu kenyataan di Bintulu hari ini.
Kelab SPDP merupakan organisasi untuk anak Sarawak yang bekerja di luar negeri untuk mengeratkan hubungan dan solidariti sesama mereka.
- Bernama

