Ahmad bangkit 13 Mei, dijawab isu GST
Kenyataannya Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengenai tragedi berdarah 13 Mei hari ini disambut dengan sinis oleh pengguna Twitter.
Para pengguna media sosial itu antara lainnya mengambil peluang untuk menyindirnya mengenai isu cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Ahmad menulis, beliau berharap bahawa tragedi itu tidak akan berulang.
Hari ini 13 Mei. Pada thn 1969 umur saya baru 3 thn. Kita berharap & berdoa agar peristiwa berdarah itu tidak akan berulang selama-lamanya.
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan)
May 13, 2015
Ia dijawab oleh pengguna Twitter yang antara lainnya memberi amaran bahawa ia mungkin berulang jika kerajaan masih tidak mempedulikan rakyat.
@nazri_fahmi: Bakal terjadi kalau tampuk pimpinan sekarang masih mengamalkan sikap membelakangi rakyat.
@bullet_gov: Tak akan berulang jika dapat menteri yang cemerlang. (Jika) dapat yang bangang, itu yang huru-harakan negara.
@ahmadmaslan: Insya-Allah peristiwa berdarah itu tidak akan berulang, cuma sekarang ini asyik berdarah telinga bila dengar kenyataan bangang datuk.
@cikkaikazie: Tak payah tunggu 13 Mei untuk peristiwa berdarah. Peristiwa berdarah alaf baru ialah 1 April sejak GST diperkenalkan.
Sementara itu, Ahmad dalam satu acara hari ini berkata beliau tidak kisah dengan penghinaan dan kejian ke atasnya ekoran pengenalan GST.
Dengan selamba, Ahmad hari ini mengaku bahawa beliau kini merupakan “individu yang paling dibenci di Malaysia” ekoran cukai tersebut.

