Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keselamatan UIA biadab, kata PKR
Diterbitkan:  May 14, 2015 11:47 AM
Dikemaskini: 4:02 AM

PKR mengecam keras cara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) memberhentikan program melibatkan setiausaha agungnya Rafizi Ramli dengan cara kasar.

Naib presiden parti itu Shamsul Iskandar Mohd Akin ( bawah )

menyifatkan langkah pihak keselamatan merampas mikrofon ketika Rafizi sedang berucap sebuah tindakan “biadab”.

“Atas kapasiti (gelaran) 'Taman Ilmu dan Budi', adalah menjengkelkan bagi UIA untuk menghentikan program dengan cara biadab sedemikian, apatah lagi ini jelas menunjukkan kelemahan UIA dalam mengangkat budaya intelektual di kalangan mahasiswa,” katanya.

Semalam berlaku pergelutan kecil berlaku di kampus itu selepas pihak keselamatan merampas mikrofon daripada Rafizi ketika beliau sedang berucap berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Sebahagian mahasiswa tidak berpuas hati dengan tindakan itu dan mengebu pegawai keselamatan sebelum berlaku insiden tolak menolak.

Dalam kenyataan hari ini, Shamsul berkata program itu yang didakwa dipersetujui pengurusan tertinggi UIA pada awalnya dibatalkan dengan “penuh keji”.

Rekod donat

Ia juga, kata bekas pemimpin pelajar dan alumni kampus itu lagi, memperlihatkan lemahnya profesionalisme unit keselamatan UIA dalam mengendalikan perkara tersebut.

Malah, ungkitnya lagi, perkara itu bukan pertama kali berlaku dan pernah menimpa ketua Pemuda PKR yang juga exco pendidikan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Malah beberapa tahun lalu, saya sendiri pernah diusir keluar dan tidak dibenarkan solat Jumaat di masjid UIA atas sangkaan bahawa saya akan turut berdemonstrasi bersama para penuntut universiti,” katanya.

“Apalah guna jika UIA gah di mata dunia dengan rekod logo terbesar dengan 19, 300 donut, tetapi lemah di mata umum kerana gagal mengislamisasikan pengurusannya dengan menjunjung budaya musyawarah dan kebebasan akademik,” sindirnya.

Shamsul bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA pada tahun 1996 dan 1997

PKR menuntut Rektor UIA Dr Zaleha Kamaruddin tampil membuat penjelasan.

Lihat Komen
ADS