K'jaan nafi bayar pakar PR Paul Stadlen
Kerajaan menafikan membayar bekas bos Apco Malaysia Paul Stadlen untuk khidmatnya, yang didakwa termasuk menguruskan operasi media Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Sehingga kini, kerajaan tidak membuat sebarang pembayaran gaji kepada Paul Stadlen," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.
Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang) telah meminta kerajaan menyenaraikan gaji yang dibayar kepada Paul Stadlen sebagai anggota pasukan komunikasi di Pejabat Perdana Menteri.
Shahidan, bagaimanapun, tidak menafikan Stadlen adalah sebahagian daripada pasukan komunikasi itu.
Kerajaan membayar RM77 juta kepada firma perunding komunikasi Apco Worldwide pada tahun 2009 untuk menguruskan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.
Stadlen juga telah bekerja dengan FBC Media selepas peranannya dalam Apco, sebuah kumpulan lobi yang dikaitkan dengan kempen dalam talian terhadap Anwar oleh blogger AS Josh Trevino dan syarikatnya Rogue Komunikasi.

