Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pekerja maut di tapak projek MRT
Diterbitkan:  May 25, 2015 6:51 AM
Dikemaskini: 10:57 PM

Seorang pekerja Bangladesh maut dalam kemalangan di tapak pembinaan bawah tanah Tun Razak Exchange projek Mass Rapid Transit (MRT).

Pekerja itu, dikenali sebagai Safikul, 28, sedang menanggalkan struktur sementara yang digunakan untuk kerja-kerja pemasangan slab bersama sekumpulan pekerja lain apabila ia runtuh pada jam 1.15 pagi semalam.

Safikul, pekerja SP Mega Sdn Bhd, subkontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja konkrit bertetulang, terperangkap di bawah runtuhan itu.

Dia dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur tetapi meninggal akibat kecederaan menurut kenyataan MMC Gamuda KVRT (T) Sdn Bhd, kontraktor utama bagi pakej bawah tanah MRT Lembah Klang.

Bagaimanapun, pekerja lain terselamat.

Kenyataan itu berkata SP Mega sedang membuat persiapan untuk memaklumkan kepada Suruhanjaya Tinggi Bangladesh bagi membawa balik jenazah Safikul ke negaranya selepas bedah siasat selesai.

Tapak kemalangan telah ditutup untuk siasatan lanjut, dan menambah semua pihak berkaitan seperti Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan telah

dimaklumkan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS