Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Video TPM dibocor seorang setiausaha menteri?
Diterbitkan:  May 25, 2015 10:00 PM
Dikemaskini: 2:05 PM

Setiausaha akhbar kepada seorang menteri dipercayai bertanggungjawab menyebarkan video kontroversi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mahu semua lembaga penasihat 1MDB dipecat.

Laman pro-BN MyKMU menyebut individu itu kemudian memberi rakaman kepada bekas pengarang New Straits Times Firdaus Abdullah, yang didakwa telah menyerang Datuk Seri Najib Razak sejak setahun lalu.

“Kita bukan marah kandungan ucapan Muhyiddin, kita marah kerana tindakan beliau merakam dan menyebarkan merupakan satu 'pecah amanah' kerana peraturan kursus melarangnya,” menurut laporan itu.

Khabarnya, lapor web itu, setiausaha akhbar itu sering kali dilihat rapat dengan Firdaus yang kini memblog di Apanama .

MyKMU juga “mengesahkan” bahawa setakat ini video itu bukan diberikan oleh setiausaha akhbar menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Justeru Ahmad Zahid harus mengambil tindakan menyiasat siapakah setiausaha akhbar terbabit bagi mengelakkan pegawai-pegawai pemimpin Umno sendiri menjadi pemecah belah parti,” katanya.

Lihat Komen
ADS