Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mat Sabu: Rakyat tak percaya jaminan polis
Diterbitkan:  May 26, 2015 2:40 PM
Dikemaskini: May 27, 2015 2:45 AM

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menuntut Polis Diraja Malaysia memberi penjelasan dan bertanggungjawab atas pencerobohan yang berlaku ke atas sempadan negara.

Mohamad ( kiri ) dalam kenyataannya hari ini berkata, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu bertanggungjawab dalam isu itu dan mesti meletak jawatan jika tidak mampu menyelesaikannya.

“Rakyat terus bimbang dengan isu keselamatan dan tidak mampu lagi mempercayai jaminan keselamatan oleh pihak polis khususnya dan kerajaan,” katanya Mohamad.

Sementara itu PKR hari ini mengemukakan usul supaya sidang parlimen ditangguhkan bagi mendengar penjelasan da ripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengenai isu keselamatan negara.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung ( kanan ) berkata penjelasan itu merujuk kepada penemuan 139 kubur dan 28 kem digunakan sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia - Thailand.

Polis semalam mengesahkan ia adalah kubur mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

“Bahawa Dewan ini menggesa Menteri Dalam Negeri memberi penjelasan dalam soal keselamatan negara, bagaimana kem-kem memperdagangkan manusia dan kubur-kubur yang baru ditemui di dalam kawasan Malaysia boleh terjadi tanpa pengetahuan kerajaan selama ini,” kata Gooi.

Katanya lagi, sidang itu perlu disegerakan memandangkan berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Lihat Komen
ADS